Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan, dan segala urusan berkaitan dianggap sah jika dilaksanakan oleh pemegang jawatan yang dilantik serta disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan dengan meterai rasmi.
Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.
2. Tafsiran Perlembangaan Pertubuhan
Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan jika perlu boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.
Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
3. Penasihat/Penaung
Jawatankuasa boleh melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
4. Pindaan
Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk ppindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh tersebut.