MATLAMAT Menjalankan program bersama usahawan industri kecil dan sederhana (iks) bagi meningkatkan daya saing, memperluas jaringan perniagaan dan memudahkan akses ke pasaran global. Menyediakan sokongan dan perkhidmatan yang relevan kepada usahawan muslim untuk memastikan perkembangan yang berterusan. Bekerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan untuk mendapatkan bantuan dan sokongan yang diperlukan. Pemberian sokongan keusahawanan dengan menyediakan sokongan praktikal seperti pembiayaan mikro, pemantauan perniagaan, bimbingan perancangan strategik, dan akses kepada rangkaian perniagaan yang luas. Menyatukan pengilang dalam industri bagi meningkatkan kerjasama sekaligus mempromosikan inovasi dan perkembangan bersama. Menyediakan latihan yang relevan melibatkan pengilang dengan agensi agensi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam pelbagai bidang.