Keahlian Persatuan Perindustrian dan Pembangunan Malaysia terbuka kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di seluruh Malaysia. Ahli mestilah warganegara Malaysia, berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, menetap di Semenanjung Malaysia, . Keahlian boleh diperoleh melalui cadangan dan sokongan ahli sedia ada, tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa. Ahli yang gagal mematuhi perlembagaan atau mencemarkan nama baik persatuan boleh digantung atau dipecat selepas diberi peluang untuk membela diri.