GARIS PANDUAN MESYUARAT AGUNG BAGI AHLI PERTUBUHAN
Mesyuarat Agung berperanan sebagai badan tertinggi yang mengelola pertubuhan, menghubungkan kepentingan ahli dengan hala tuju organisasi. Melalui perbincangan dan laporan yang dibentangkan, kami membina platform untuk keputusan yang lebih baik.
- Mesyuarat Agung adalah badan tertinggi yang mengelola pertubuhan.
- Dihadiri oleh sekurang-kurangnya 1/2 jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa (mana yang lebih rendah).
- Jika korum tidak mencukupi selepas 30 minit, mesyuarat akan ditangguhkan ke tarikh lain dalam tempoh 30 hari.
- Jika korum masih tidak mencukupi, mesyuarat boleh diteruskan tetapi tanpa kuasa meminda perlembagaan.
- Diadakan dalam tempoh 12 bulan dari AGM terakhir.
- Agenda mesyuarat merangkumi :
- Laporan aktiviti pertubuhan oleh Jawatankuasa.
- Laporan kewangan yang telah diaudit.
- Pemilihan ahli Jawatankuasa dan Juruaudit (jika berkaitan).
- Perkara lain yang dibentangkan
- Setiausaha akan menghantar agenda, minit mesyuarat sebelumnya, laporan aktiviti, dan penyata kewangan yang diaudit kepada semua ahli sekurang-kurangnya 30 hari sebelum AGM.
- Boleh diadakan atas:
- Keputusan Jawatankuasa.
- Permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 ahli yang berhak mengundi.
- Mesti diadakan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permintaan diterima.
- Notis dan agenda akan dihantar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat.
- Setiausaha perlu mengedarkan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Khas kepada ahli dalam tempoh 3 bulan selepas mesyuarat.



